KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas aspek kehidupan sekarang ini telah mempengaruhi cara kita bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian. Sehubungan dengan itu, JKKK Kg. Tanjung Baru sentiasa peka kepada perkembangan-perkembangan tersebut.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar, JKKK ini akan sentiasa berusaha memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan agar menepati keperluan masyarakat.

Kandungan blog ini akan sentiasa dikemas kini dari segi maklumat, gaya persembahan, dan kemudahan. Kandungan maklumat mengenai objektif dan fungsi JKKK serta program dan projek yang dilaksanakan diharap dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan objektif dan fungsi badan-badan gabungan di bawah JKKK ini seperti UMNO cawangan, Pergerakan Wanita, pemuda dan puteri, RELA, Jawatankuasa Masjid, Pergerakan Belia 4B Cawangan juga dapat diperoleh melalui laman ini.Terima kasih dan selamat maju jaya.

Wassalam.

Mohd Radzi bin Talib
Pengerusi JKKK Kg. Tanjung Baru