PADANG BOLA

Mewakili generasi muda, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas keprihatinan pihak kerajaan kerana telah meluluskan padang bola Kg. Tanjung Baru walaupun mengambil masa lebih 20 tahun. Terima kasih juga kepada YB ADUN Telemong dan Pegawai Daerah kerana kesungguhan mereka melaksanakan tanggungjawab serta menyokong usaha ini daripada peringkat awal sehingga projek ini dapat dilaksanakan.

Terima kasih juga kepada Kontrator (Abdul Wahab Mat Ali) dan Juruteknik (Rosli Mustafa) kerana telah melaksana dan memantau projek ini dengan baik dan sempurna mengikut spek dan kriteria yang ditetapkan.

Tahniah.

BICARA UNTUK PEMIMPIN

LONGKANG OH LONGKANG

Cerita dan Peristiwa

2009 - Peruntukan dan kerja-kerja pemasangan telah diluluskan oleh JPP
tahun 2009 melalui 2 kontraktor yang dilantik (Tengah bin Abu Bakar dan Tuan Halim bin Tuan Sari). MALANGNYA, Kerja-kerja berkenaan telah dibatalkan walaupun sebahagian kerja-kerja pemasangan telah dibuat. Lagi lah bengang apabila projek ini telah dipindah ke Kampung Pauh, Jiran kami. (Mengganti longkang yang telah sediaada). TAK MASUK AKAL.

TERBARU Julai 2010, 5 kampung di mukim jenagor, Kampung Pauh, Kampung Bidur, Kampung Kuala Pueh, Kampung Dura dan Kampung Jenagor telah mendapat peruntukan dari JKR Hulu Terengganu untuk pembinaan longkang dan telahpun dijalankan.
Walaupun sesetengah kampung berkenaan dipasang tempat yang telah sediaada longkang.

MALANG SEKALI LAGI...
Kampung Tanjung Baru tidak tersenarai lagi samada telah di blacklist atau dalam proses penambahbaikan sistem pentadbiran kerajaan.

“RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"



KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas aspek kehidupan sekarang ini telah mempengaruhi cara kita bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian. Sehubungan dengan itu, JKKK Kg. Tanjung Baru sentiasa peka kepada perkembangan-perkembangan tersebut.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar, JKKK ini akan sentiasa berusaha memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan agar menepati keperluan masyarakat.

Kandungan blog ini akan sentiasa dikemas kini dari segi maklumat, gaya persembahan, dan kemudahan. Kandungan maklumat mengenai objektif dan fungsi JKKK serta program dan projek yang dilaksanakan diharap dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan objektif dan fungsi badan-badan gabungan di bawah JKKK ini seperti UMNO cawangan, Pergerakan Wanita, pemuda dan puteri, RELA, Jawatankuasa Masjid, Pergerakan Belia 4B Cawangan juga dapat diperoleh melalui laman ini.Terima kasih dan selamat maju jaya.

Wassalam.

Mohd Radzi bin Talib
Pengerusi JKKK Kg. Tanjung Baru

INFO JKKK

Pengerusi
En. Mohd Radzi bin Talib

Timbalan Pengerusi
En. Abdullah bin Ahmad

Setiausaha
En. Mohd Hasan bin Mat Rahim

Bendahari
En. Norruddin bin Mohamad

Ahli Jawatankuasa
Tn.Hj. Ismail bin Mat Rahim
En. Mohd Anaki bin Ismail
En. A Rasid bin Mamat
En. Mohd bin Awang
En. Mohd bin Kassim
Pn. Fatimah bt Mohamad Hassan
Pn. Gayah bt Mat Hassan
Pn. Noraini bt Ahmad
En. Kamaruddin bin Mamat
En. Mohd Ripin bin Mat Ali
En. Amir Hamzah bin Mohamad

NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG

Kampung Tanjung Baru hari ini adalah gabungan atau jelmaan tiga buah petempatan awal yang dikenali sebagai Kampung Setar, Kampung Dusun Tok Bauk dan sebuah lagi kampung yang belum diberi nama, dipinggir Sungai Terengganu ( Sungai besar). Apabila berlaku banjir besar pada awal 1920an, laluan asal Sungai Besar berkenaan telah berubah kepada laluan Sungai Terengganu sebagaimana hari ini. Ekoran itu, penduduk Kampung Setar dan Kampung Dusun Tok Bauk telah berpindah ke petempatan yang belum diberi nama tersebut. Dikampung ini tanahnya adalah lebih rata dan bertanjung.Dengan persetujuan Tok Ketua dan pemerintah pada ketika itu, petempatan tersebut dinamakan sebagai ‘Tanjung Bayu’, mengambil sempena adanya sepohon pokok bayu yang amat besar dan rendang disitu. Lama kelamaan, sebutan “Tanjung Bayu’ berubah kepada ‘Tanjung Baru’, dan kekal sehingga hari ini.Di dalam buku Sejarah Terengganu, kampung ini disebut sebagai lokasi bersejarah pertabalan Sultan Zainal Abidin I sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kota Batang Mahang ……

SEJARAH KESULTANAN TERENGGANU

Sultan Zainal Abidin 1 adalah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor. Baginda telah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1708 Masihi. Menurut catatan, beliau telah dilantik sebagai Sultan Terengganu oleh Nang Chayang, Raja Pattani. Manakala menurut Tuhfatul Nafis baginda telah ditabalkan oleh Daeng Menambun setelah mendapat perintah dari Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Pusat pemerintahan baginda ialah di Tanjung Baru. Sebelum berpindah ke Kampung Langgar kemudian ke Kampung Pulau Manis dan Chabang Tiga.
Seterusnya baginda berpindah ke Kuala Terengganu dan menetap di satu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Lama. Baginda mempunyai beberapa orang isteri iaitu perempuan Muar, Nang Rugayah (Cik Puan Besar), anak Tuk Pulau Manis dan anak Dato' Wan Ismail. Anakanda baginda ialah Ku Tana Wangsa, Ku Tana Ali, Ku Tana Ismail, Ku Tana Mansur dan Ku Tana Embong. Baginda mangkat pada tahun 1733 dan jenazah baginda dimakamkan di atas Bukit Keledang Kuala Terengganu.