NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG
Kampung Tanjung Baru hari ini adalah gabungan atau jelmaan tiga buah petempatan awal yang dikenali sebagai Kampung Setar, Kampung Dusun Tok Bauk dan sebuah lagi kampung yang belum diberi nama, dipinggir Sungai Terengganu ( Sungai besar). Apabila berlaku banjir besar pada awal 1920an, laluan asal Sungai Besar berkenaan telah berubah kepada laluan Sungai Terengganu sebagaimana hari ini. Ekoran itu, penduduk Kampung Setar dan Kampung Dusun Tok Bauk telah berpindah ke petempatan yang belum diberi nama tersebut. Dikampung ini tanahnya adalah lebih rata dan bertanjung.Dengan persetujuan Tok Ketua dan pemerintah pada ketika itu, petempatan tersebut dinamakan sebagai ‘Tanjung Bayu’, mengambil sempena adanya sepohon pokok bayu yang amat besar dan rendang disitu. Lama kelamaan, sebutan “Tanjung Bayu’ berubah kepada ‘Tanjung Baru’, dan kekal sehingga hari ini.Di dalam buku Sejarah Terengganu, kampung ini disebut sebagai lokasi bersejarah pertabalan Sultan Zainal Abidin I sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kota Batang Mahang ……